Mangsa Terjatuh Di Laut Ditemui Mati

Mangsa Terjatuh Di Laut Ditemui Mati

0
SHARE

KUDAT, SABAH – Mangsa hilang yang dipecayai terjatuh di laut berhampiran perairan Jeti Ko Nelayan pada malam Ahad ditemui mati hari ini.

Mayat mangsa lelaki, yang hanya dikenali sebagai Jayson, telah ditemui orang awam di Kampung Tampakan kira-kira jam 8 pagi tadi.

“Menurut pihak Polis, mangsa yang dijumpai merupakan identiti yang sama bagi laporan kes orang hilang,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Identiti mangsa telah disahkan oleh rakan-rakannya sebelum Pasukan Bomba sampai ke lokasi untuk membantu mengangkat mangsa ke darat.