Dua Kapal Laut Terbakar, Wanita Nyaris Rentung

Dua Kapal Laut Terbakar, Wanita Nyaris Rentung

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang wanita nyaris rentung terperangkap di dalam kedai runcit Pasar Besar sini sedang api yang memusnahkan dua buah kapal laut di Jeti SAFMA yang berhampiran mula merebak dalam insiden kira-kira pukul 5.30 pagi tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Rosalinda Sajirin, 31, manakala Pasukan Bomba menganggarkan kedai runcit berkenaan telah terbakar 30 peratus.

“Pemadaman menggunakan dua aliran 200′ melalui empat pancutan. Sumber air daripada tangki jentera dan pili bomba berhampiran,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dikerahkan ke lokasi kejadian dengan bantuan 11 lagi dari BBP Lintas.

“Operasi terkawal pada jam 6.30 dan ditamatkan pada jam 10.20,” tambahnya.