12 Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri Sertai Konvoi KMJG 2024

12 Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri Sertai Konvoi KMJG 2024

0
SHARE
Jainisah
Jainisah (kiri) ketika ditemu bual bersama wartawan RTM Sabah Gabriel Michael Staun (kanan) - ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak 12 agensi kerajaan persekutuan dan negeri mengesahkan penyertaan dalam program Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024.

Konvoi yang akan menjelajah sejauh 2,000 kilometer selama 20 hari bermula dari 8 hingga 26 Ogos 2024 itu membawa misi kempen kibar Jalur Gemilang serta Bendera Negeri Sabah bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah pada 31 Ogos depan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor semasa sesi rakaman video sempena Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 terbitan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah.

Video berdurasi 30 minit terbabit akan disiarkan dalam segmen Selamat Pagi Malaysia, Rabu ini.

Konvoi KMJG 2024 Peringkat Negeri Sabah akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Pekarangan Bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada 1 Ogos ini. — JABATAN PENERANGAN SABAH