14 Program Disusun Sambut Ulang Tahun Kelahiran TYT

14 Program Disusun Sambut Ulang Tahun Kelahiran TYT

0
SHARE
Juhar
Tun Juhar (empat dari kanan) bergambar bersama Joachim (empat dari kiri) dan tetamu yang turut hadir ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak 14 program telah disusun oleh kerajaan negeri bagi menyambut ulang tahun kelahiran rasmi ke-70 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Timbalan Ketua Menteri II Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata program-program itu akan dilaksanakan di sekitar Kota Kinabalu bermula 6 Oktober depan.

“Sebanyak 14 program telah kita susun atur bagi menyambut hari ulang tahun kelahiran Tuan Yang Terutama Tun yang akan bermula pada 6 Oktober depan iaitu pada Jumaat dengan majlis doa selamat dan tahlil di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang.

“Pada 7 Oktober pula, kita akan mengadakan acara perbarisan di Padang Merdeka disusuli istiadat pengurniaan pingat kebesaran dan jamuan negeri pada sebelah malammya.

“Selain itu, antara program-program lain termasuklah Sambutan Hari Etnik Sabah, Pameran dan Galeri di Muzium Negeri dan banyak lagi dan kita akan dimaklumkan dalam masa terdekat, program-program tersebut kita adakan di sekitar Kota Kinabalu kecuali Program Jamuan Teh Kanak-Kanak yang akan dibuat di Daerah Sandakan,” katanya ketika ditemui media selepas membuat kunjungan hormat kepada Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan berkenaan berharap agar semua program yang diatur berjalan lancar dengan kerjasama yang terbaik daripada jabatan-jabatan serta agensi yang terlibat.

Turut hadir Timbalan Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain, Setiausaha Tetap KKTP, Datuk Jamili Nais, Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Rosnah Datu Tumai. — JABATAN PENERANGAN SABAH

Juhar
Tun Juhar (empat dari kanan) bergambar bersama Joachim (empat dari kiri) dan tetamu yang turut hadir ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )