Penanaman Longan, Tanaman Komersial Berpotensi Di Sabah

Penanaman Longan, Tanaman Komersial Berpotensi Di Sabah

0
SHARE

SETIU, TERENGGANU – Penanaman buah secara komersial di Sabah adalah antara sasaran Kementerian Pertanian dan Perikanan.

Menurut Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan, YB Tuan Hendrus Anding berkata ‘Longan’ merupakan satu tanaman yang berpotensi dan boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan di negeri ini.

Hendrus dalam satu lawatan ke Ladang Longan Berlian, di Rhu Tapai, Setiu Terengganu berkata, rakyat Sabah yang berminat menjadi pengusaha longan, mereka perlu mengetahui cara-cara pemerliharaan, pembajaan dan purata penghasilan tanaman longan per hektar.

Kursus dan galakan kepada masyarakat di negeri ini untuk menceburi tanaman ini perlu diketengahkan oleh kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Perikanan’ jelas Hendrus.

“Kita perlu memulakan penanaman buah longan di negeri ini bagi tujuan mengurangkan import buah longan dari Thailand.”

Hendrus yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tandek, berharap agar penduduk Tandek ada di antara mereka yang menceburi bidang penanaman longan ini.

“Saya menyarankan agar rakyat kawasan Tandek turut mengambil peluang ini,” katanya.

“Saya juga menyeru Kementerian Pertanian dan Perikanan (MAFI) Sabah untuk meneliti dan memberi perhatian kepada tanaman longan yang masih amat kurang di Sabah tetapi mempunyai permintaan yang tinggi.”

Turut serta dalam lawatan ke ladang longan berlian ialah Pengarah pertanian, Zulkepli Amin Yusof, Pengarah FAMA, Che Ghani Che Wan, Timbalan Pengarah FAMA, Azhar Jamaluddin, Pengerusi FAMA Putrajaya.