HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

0
SHARE
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berbincang dengan Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu....

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Ahmad Faizal Azumu memberi taklimat kepada Hajiji berhubung program dan projek pembangunan melibatkan belia dan sukan di Sabah, termasuk majlis sambutan Hari Belia Negara 2022 yang akan diadakan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima cenderamata daripada Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu semasa kunjungan itu…

Majlis sambutan itu dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.