KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menerima kunjungan hormat Panglima Divisyen Kelima Infantri yang baharu, Mejar Jeneral Shamsor Haji Jaafar, di Menara Kinabalu, hari ini.
Pertemuan itu antara lain membincangkan isu-isu keselamatan semasa serta perkara berkaitan peranan dan tanggungjawab Divisyen Kelima Infantri yang berpangkalan di Kem Lok Kawi dalam memastikan kestabilan dan keselamatan negeri terus terpelihara.
Mejar Jeneral Shamsor mengambil alih jawatan tersebut daripada Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin pada 30 Januari lalu.
Turut mengiringi beliau dalam kunjungan berkenaan ialah Pegawai Staf, Leftenan Kolonel Ahmad Zurairi Muda dan Kapten Ameer Ashraf Masudi.






