KOTA KINABALU: Majlis Angkat Sumpah seramai 17 Pembantu Menteri Negeri Sabah dan penyerahan watikah pelantikan kepada 6 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik berlangsung di Istana Seri Kinabalu, di sini hari ini.
Majlis penuh istiadat itu menyaksikan pelantikan Pembantu-Pembantu Menteri baharu merangkumi wakil dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) dan ADUN Bebas.
Mereka mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Musa Haji Aman. Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan jemaah Kabinet Negeri Sabah.
Antara yang mengangkat sumpah jawatan ialah ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkau; ADUN Pitas, Dato’ Sri Ruddy Awah; ADUN Klias, Datuk Isnin Aliasnih; ADUN Labuk, Datuk Samad Jarmi; ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury; ADUN Lumadan, Dato’ Haji Ruslan Muharam; ADUN Tanjek, Datuk Hendrus Anding; ADUN Telupid, Datuk Jonnybone J. Kurum.
Turut disenaraikan ialah ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim; ADUN Tanjung Kapor, Datuk Ben Chong; ADUN Pintasan, Datuk Fairuz Renddan; ADUN Kukusan, Rina Jainal; ADUN Bandau, Datuk Dr. Majjal Hajah; ADUN Matunggong, Datuk Ceasar Mandela Malakun (ADUN Dilantik); ADUN Tanjong Batu, Datuk Md. JMSamsuerezal; ADUN Tulid, Jordan Ganda; ADUN Elliron dan ADUN Bingkor, Mohd. Ishak Ayub.
Majlis turut menyaksikan pelantikan enam ADUN Dilantik iaitu Datuk Mohamed Razali Mohamad Razi; Datuk Abdul Kassim Razali; Datuk Ir. Chin Shu Ying; Datuk Ceasar Mandela Malakun; bekas Presiden Sabah Law Society (SLS), Datuk Roger Chin, Puan Grace Lee Li Mei.






