2 Pegawai Bank Didenda RM10,500 Guna Dokumen Palsu Bagi Permohonan Pinjaman Peribadi

2 Pegawai Bank Didenda RM10,500 Guna Dokumen Palsu Bagi Permohonan Pinjaman Peribadi

0
SHARE
Hazrie (kedua) dari kiri...

KOTA KINABALU, SABAH – Dua (2) pegawai pemasaran Bank Rakyat didenda RM10,500 kerana menggunakan dokumen palsu bagi permohonan pinjaman peribadi di hadapan Makhamah Khas Rasuah Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sini.

Mohd Hazrie Nor Ghazali, 30, dan Ridwuan Ahmad Ghazali, 31, mengaku bersalah membuat kelulusan tersebut menggunakan penyata penama Azneza Atiqah Mudi sebagai dokumen sokongan pinjaman i-Aslah antara Julai dan September 2016.

Kedua tertuduh masing-masing diwakili peguam PJ Perera dan Dasan dijatuhkan hukuman oleh Hakim Abu Bakar Manat di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan untuk pemalsuan.

Jika gagal membayar denda Makhamah memerintahkan mereka dipenjara selama empat (4) bulan.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa SPRM PsK Rekraj Singh Jaswant Singh.