224,828 Pengundi Awal Anggota Keselamatan Mengundi Awal Hari Ini

224,828 Pengundi Awal Anggota Keselamatan Mengundi Awal Hari Ini

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Seramai 224,828 orang pengundi awal yang terdiri daripada 117,473 anggota tentera dan pasangan serta 107,355 orang polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) akan mengundi hari ini bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya Sabah.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata sebanyak 578 pusat mengundi awal telah ditetapkan oleh pihaknya.

“Bagi tujuan ini, pusat mengundi awal yang telah ditetapkan SPR akan dibuka mulai jam lapan pagi hingga lima petang. Namun terdapat beberapa pusat mengundi awal yang akan ditutup lebih awal. 

“Oleh yang demikian, pengundi adalah dinasihatkan untuk membuat semakan maklumat pengundian melalui portal semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-88927018 / 03-88880040 atau melalui aplikasi MySPR Semak.

“SPR turut menyarankan kepada pengundi awal yang positif COVID-19 untuk berhubung terus dengan Pegawai Kesihatan Daerah bagi memudahkan urusan pengundian awal nanti,” katanya dalam satu kenyataan media.

Selain itu, Indera turut berkata proses pengundian awal ini turut disaksikan oleh ejen calon yang bertanding.

“Di samping itu, SPR akan menyiarkan proses pengundian ini secara ‘live streaming” menerusi Facebook SPR di beberapa pusat mengundi awal yang terpilih.

“Kertas-kertas undi awal tidak akan dikira pada hari pengundian awal dan kesemua peti undi akan disimpan di lokap-lokap balai polisuntuk jagaan selamat…

“Kertas-kertas undi tersebut hanya akan dikira pada 19 November bermula jam empat petang di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR serta disaksikan oleh ejen-ejen calon masing-masing,” katanya.