238 Kes Baharu COVID-19 Sabah, Peningkatan 29 Kes Hari Ini

238 Kes Baharu COVID-19 Sabah, Peningkatan 29 Kes Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan baharu meningkat kepada 238 kes hari ini iaitu pertambahan 29 kes berbanding hari sebelumnya.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata lebih banyak daerah mencatatkan jangkitan baharu atau pertambahan angka jangkitan.

“Sebanyak 13 daerah mencatatkan peningkatan kes baharu berbanding hanya 6 daerah yang mencatatkan penurunan…

“Jumlah daerah yang ‘bersih’ daripada jangkitan sepanjang 24 jam yang lalu juga menurun kepada 6 daerah sahaja berbanding 8 daerah semalam,” katanya.

Jelasnya, lima (5) daerah mencatatkan peningkatan ketara iaitu Lahad Datu 23 kes (+20), Tambunan 11 kes (+8), Tuaran 20 kes (+6), Kudat 6 kes (+6) dan Papar 12 kes (+5).

Daripada enam (6) daerah yang merekodkan penurunan kes, dua daripadanya mencatatkan penyusutan signifikan iaitu Putatan dengan 9 kes (-14) dan Kota Kinabalu 65 kes (-12).

Juga terdapat masing-masing dua (2) kes dalam Kategori 4 dan Kategori 5 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (27 Julai 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 65 (77)
Sandakan 27 (27)
Lahad Datu 23 (3)
Penampang 22 (20)
Tuaran 20 (14)
Papar 12 (7)
Tambunan 11 (3)
Putatan 9 (23)
Tawau 8 (4)
Keningau 6 (3)
Kota Belud 6 (2)
Kudat 6 (0)
Ranau 4 (6)
Sipitang 4 (3)
Beaufort 3 (3)
Beluran 3 (4)
Kota Marudu 3 (2)
Kalabakan 2 (0)
Tenom 2 (3)
Kuala Penyu 1 (4)
Kunak 1 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Semporna 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (1)