Remaja Menjala Guna Kayak Ditemui Lemas

Remaja Menjala Guna Kayak Ditemui Lemas

0
SHARE
Orang kampung dan agensi penyelamat mengangkat mayat Kriston ke tebing sungai...

TENOM, SABAH – Seorang remaja lelaki 19 tahun ditemui lemas di Kampung Pangi sini selepas hilang selama tiga hari yang lalu.

Mangsa, Kriston Jukiring, dikatakan keluar menjala ikan menggunakan sebuah kayak yang dipinjam ke Sungai Padas kira-kira jam 5 petang pada hari insiden (Selasa).

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, si peminjam juga merupakan pemanggil kecemasan 10.15 pagi tadi.

Usaha mencari dimulakan oleh seramai 30 orang kampung apabila mangsa didapati belum pulang ke rumah semalam…

“Pasukan Bomba bersama agensi bantuan iaitu pihak Polis, Angkatan Pertahanan Awam bersama orang kampung menjalankan operasi mencari mangsa dengan kaedah permukaan air disepanjang tebing sungai.

“Pencarian mangsa sejauh 10 kilometer ditebing sungai dari lokasi mangsa dilaporkan hilang,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Tambahnya, pasukan bomba terpaksa menggunakan pengangkutan kereta api untuk ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Mangsa berjaya dijumpai oleh orang kampung bersama pasukan Bomba bersama agensi bantuan pada jam 11:10 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan di tempat kejadian.

“Pasukan bomba bertindak mengangkat mangsa ke kawasan tebing sungai dan dibawa ke stesen kereta api menaiki kereta api seterusnya di serahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.