3,000 Dijangka Melawat Tamu Hari Sabah SICC

3,000 Dijangka Melawat Tamu Hari Sabah SICC

0
SHARE
Sicc
Rosmawati (duduk tengah) bersama vendor Sabah Tamu @ SICC pada sidang media dan taklimat kepada vendor pada Isnin

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 3000 orang dijangka berpusu-pusu ke tamu (pasar) dalaman terbesar di Sabah, Sabah Day Tamu @ SICC, yang diadakan sempena sambutan julung kali Hari Sabah pada 31 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Datuk Dr Rosmawati Lasuki berkata idea tamu itu datang selepas merancsng Majlis Makan Tengah Hari Sabah yang diadakan pada hari yang sama.

Makan tengah hari itu dikenakan pada harga mampu milik RM35 setiap orang (minimum 10 orang) dijangka menarik 3,500 pengunjung untuk menjamu masakan tradisional khususnya peserta perbarisan perarakan sambutan Hari Merdeka dan Sabah.

“Harganya begitu kerana ia adalah konsep dari ladang ke meja di mana bahan-bahan diperoleh daripada pengeluar tempatan dari seluruh Sabah.

“Kemudian kami fikir, dengan 3,500 yang berada di sini, mengapa tidak terus bantu usahawan tempatan?

“Itulah sebabnya kami terfikir tentang tamu yang hanya mengenakan bayaran sewa RM50 bagi setiap vendor.

“Kami mahu menyuntik keyakinan kepada usahawan Sabah dalam mewujudkan bukan sahaja rakan kongsi korporat tetapi individu,” kata Rosmawati ketika sidang media pada Isnin.

Kira-kira 400 vendor termasuk cadangan daripada agensi kerajaan dan individu akan beroperasi dari jam 7 pagi hingga 6 petang di tiga dewan di Tingkat 2 Kinabatangan.

Rosmawati berkata, kraftangan, makanan laut dan sayur-sayuran akan dijual sama seperti di pasar basah tetapi di lokasi bertaraf antarabangsa.