475 Pelajar Kota Belud Terima SBK, Biasiswa Menengah Yayasan Sabah

475 Pelajar Kota Belud Terima SBK, Biasiswa Menengah Yayasan Sabah

0
SHARE
Pandikar
Pandikar (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan biasiswa menengah ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA BELUD, SABAH – Seramai 475 pelajar menerima Skim Bantuan Khas (SBK) dan Biasiswa Menengah Yayasan Sabah, pada Jumaat.

Bantuan SBK berupa bantuan beg sekolah diberikan kepada 400 pelajar daripada lapan buah sekolah rendah terpilih iaitu SK Kuala Abai, SK Dudar, SK Kebayau, SK Rosok, SK Paladok, SK Podos, SK Keguraan dan SK Ambong.

Sementara itu, 75 pelajar sekolah menengah kategori B40 dari sembilan buah sekolah antaranya SMK Agama Tun Said, SMK Usukan, SMK Taun Gusi, SMK Taun Gusi II, SMK Narinang, SMK Tambulion, SMK Pekan dan SMK Pekan II menerima Biasiswa Menengah Yayasan Sabah.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Innoprise Synergy Sdn Bhd & Innovision International Ltd, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Majlis Penyampaian Bantuan Beg Sekolah melalui Program Skim Bantuan Khas (SBK) Dan Biasiswa Menengah Yayasan Sabah yang diadakan di SMK Agama Tun Said.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud Japran Kusin. — JABATAN PENERANGAN SABAH