5 Remaja Lempar Batu Ke Lebuhraya Punca Penumpang Maut

5 Remaja Lempar Batu Ke Lebuhraya Punca Penumpang Maut

0
SHARE

MICHIGAN – Lima remaja menghadapi tuduhan membunuh tahap kedua selepas batu yang dilempar mereka dari atas jejambat menyebabkan penumpang sebuah kereta mati selepas batu berkenaan menembusi cermin depan sebuah kereta dan mengenai kepala mangsa di lebuh raya di Michigan.

Memetik kenyatan Daily Mail, Pendakwaraya Daerah Genessee, David Leyton, dipetik berkata hari ini bahawa remaja berusia antara 15 hingga 17 tahun itu didakwa sebagai orang dewasa yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam di Vienna, dekat Flint pada 19 Oktober lalu, mangsa, Ken White, 32, terbunuh di Lebuhraya 75 akibat terkena batu seberat 2.7 kilogram yang dilempar itu.

Menurut media tempatan, MLive, empat lagi kenderaan dilaporkan turut terkena lemparan batu di lebuh raya berkenaan.

Remaja terbabit, Kyle Anger, 17, serta empat lagi berusia 15 tahun iaitu Alexander Miller, Trevor Gray, Mikaydyn Payne dan Mark Sekelsky, turut menghadapi tuduhan merosakkan harta benda.

Dalam kejadian itu, White pengsan dan dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia.