50 Penduduk Hadir Taklimat Isu Semasa

50 Penduduk Hadir Taklimat Isu Semasa

0
SHARE
Giatmara
Rafael (depan,tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama penceramah dan pelajar pusat GIATMARA ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

BELURAN, SABAH – Seramai 50 penduduk sekitar Beluran hadir Program Taklimat Isu-isu Semasa Negeri Sabah 2023.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Beluran itu dirasmikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Labuk, Rafael Lindan di Pusat Giat Mara Beluran, pada Khamis.

Menurut Rafael, program berkenaan mampu membantu kerajaan menjelaskan isu berbangkit dalam pelaksanaan dasar-dasar baharu selain menjadi pusat penerimaan maklumat yang tepat dan sahih.

Program tersebut turut menjadi agen perubahan kepada masyarakat mendapatkan input-input penting yang benar dalam menangani dakyah, fitnah, propaganda, jenayah sosial dan salah maklumat yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat.

Antara pengisian program sehari itu adalah taklimat berkaitan kerangka visi negara bertajuk Malaysia Madani dan taklimat keselamatan jalanraya masing-masing disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah (PPD) Beluran, Melanie Marcellina J Kinjawan dan Pegawai Penyiasat Trafik Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran, Inspektor Verus Juni. — JABATAN PENERANGAN SABAH