52Kg Syabu Dirampas, JKDM Sabah Bongkar Rumah Pembungkusan

52Kg Syabu Dirampas, JKDM Sabah Bongkar Rumah Pembungkusan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Rampasan dadah terbesar Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah tahun ini dibuat 28 Julai (Khamis) lalu yang membongkar kilang pembungkusan syabu beroperasi dalam sebuah rumah di sini.

Sebanyak 52 kilogram dadah tersebut dengan nilai RM 1.8 juta ditemui dibungkus dalam paket plastik teh dalam satu serbuan Operasi Khas Mekong Dragon Siri IV.

Dadah berkenaan dipercayai bertujuan untuk pasaran luar dan dalam negeri, membuktikan bahawa Sabah telah menjadi salah satu transit pengedaran dadah antarabangsa.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Zazuli Johan berkata, seorang penganggur lelaki berusia 37 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Serbuan dijalankan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) atas maklumat risikan.

“Dadah berkenaan disembunyikan di dalam pelabagai peralatan elektrik dapur bagi tujuan mengaburi mata pihak berkuasa…

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu sidang media hari ini.