ANKARA, TURKI – Seorang lelaki Turki berusia 56 tahun diuji positif Covid-19 sebanyak 78 kali dan menjalani kuarantin selama 14 bulan sejak dijangkiti pada November 2020.
Memetik laporan laman Oddity Central, Muzaffer Kayasan kini bergelut mencari jalan untuk kembali menjalani kehidupan lamanya setelah telah dikuarantin di hospital dan rumah sendiri selama lebih setahun.
Kayasan telah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan sehingga penyakitnya menjadi kurang teruk setelah dijangkiti Covid-19 pada tahun 2020.
Walaupun berjaya mengatasi gejala Covid-19 yang teruk, virus itu tetap kekal dalam badannya…
Setiap ujian akan menunjukkan keputusan positif sehingga memaksanya menjalani kuarantin di hospital atau rumah.
Menurut seorang doktor, virus tersebut masih dikesan dalam tubuh Kayasan setelah sekian lama kerana dia adalah pesakit leukimia serta mengalami gangguan imunisasi badan.
Walaupun diberi ubat untuk meningkatkan sistem imun tetapi prosesnya agak lama dan sukar.
Kuarantin yang lama telah memberi kesan kepada kehidupan sosial Kayasan sehingga menyebabkan dia tidak dapat berinteraksi dengan keluarga dan rakan-rakan.
Dia hanya dibenarkan melihat anak dan cucu melalui tingkap. Hanya isteri dan anak bongsunya tinggal bersama.
“Saya tiada masalah di sini selain tidak dapat menyentuh orang tersayang. Ia sangat sukar…
Saya tidak boleh mendapatkan vaksin kerana keadaan saya,’’ katanya.





