SPR Tetapkan 12 Mac Untuk PRN Johor

SPR Tetapkan 12 Mac Untuk PRN Johor

0
SHARE

JOHOR BAHRU, JOHOR – Surahanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor iaitu pada 12 Mac.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon akan diadakan pada 26 Februari, manakala tarikh untuk pengundi awal jatuh pada 8 Mac.

“Selepas SPR mengadakan mesyuarat hari ini, tarikh mengundi bagi PRN Johor ditetapkan pada 12 Mac…

“Tarikh penamaan calon pada 26 Februari manakala tarikh mengundi awal pada 8 Mac,” katanya selepas Mesyuarat Khas Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru, di sini, hari ini.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk memberi laluan kepada PRN.