KOTA KINABALU, SABAH – CIDB Technologies Sdn Bhd bersama Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sabah telah mengadakan satu seminar berkenaan Akta 520 bersama ZYA Energy Sdn Bhd dan rakan strateginya di Kampus CIDB Technologies dan Akademi Binaan Malaysia di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Kayu Madang, di sini, kelmarin.
Sesi ini dihadiri oleh Pengarah CIDB Negeri Sabah, Rosmen AG Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Technologies Sdn Bhd, Mohamad Darus Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sabah, Tadzul Radim dan Pengarah Pembangunan Perniagaan ZYA Energy Sdn Bhd, Asri Sahari.
Seminar ini antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil oleh kontraktor-kontraktor yang terlibat dengan projek di dalam pematuhan kepada akta-akta yang telah diwartakan.
Peserta seminar turut didedahkan dengan program-program latihan dan akreditasi yang ditawarkan kepada rakyat Sabah dalam menyahut usaha Ketua Menteri Sabah untuk menaik taraf ekonomi rakyat Sabah.
Peserta yang lulus ujian dan diperakui kompeten seterusnya diberikan pekerjaan di Sogip…
Dalam ucapannya, Asri Sahari menyasarkan pekerja mahir dan separa mahir yang terdiri dari rakyat tempatan Angka ini adalah selaras dengan pelan kemajuan kerja yang dijangka akan bermula pada 2023