900 Ahli Komuniti MADANI Sertai Pemukiman Komuniti Madani Zon Sabah, W.P Labuan

900 Ahli Komuniti MADANI Sertai Pemukiman Komuniti Madani Zon Sabah, W.P Labuan

0
SHARE
Fahmi
Fahmi (kiri) bersama moderator Enn Xaviera ketika menyampaikan sesinya bersama Komuniti MADANI ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 900 orang ahli Komuniti MADANI menyertai Pemukiman Komuniti Madani Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan (W.P) Labuan di International Technology and Commercial Centre (ITCC) pada Isnin.

Pemukiman itu menghimpunkan 219 Komuniti MADANI dari seluruh Sabah dan enam daripada W.P Labuan yang merupakan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.

Program tersebut bertujuan mempertingkat serta memperkukuh fungsi dan peranan Komuniti MADANI sebagai agen komunikasi kerajaan dalam menggerakkan program yang melibatkan masyarakat dan memperkasa Komuniti MADANI melalui penglibatan dalam program anjuran jabatan atau agensi kerajaan.

Terdapat tiga pengisian program iaitu slot pertama Komuniti Madani Penggerak Komunikasi Berwibawa yang disampaikan oleh panel penceramah iaitu Duta Anti Scam Polis Diraja Malaysia, Rahmat Fitri Abdullah, yang kedua slot yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institute for Development Studies (Sabah), Prof Madya Datuk Ts Dr. Ramzah Dambul dalam sesi Memaknai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Turut diadakan sesi bersama Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil bersama Komuniti MADANI yang membincangkan pelbagai perkara berkenaan Komuniti MADANI yang dikendalikan oleh moderator Pembaca Berita, Host TV, Pelakon, Enn Xaviera.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Juliana Johan. — JABATAN PENERANGAN SABAH