KUALA LUMPUR – Kes sembuh hari ini menunjukkan sedikit peningkatan yang baik apabila direkodkan sebanyak 685 KES pesakit telah sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 19,757 kes (65.66%).
Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Facebook rasmi KKM hari ini memaklumkan kes positif direkodkan sebanyak 649 KES.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 30,090 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 10,087 kes.

DARIPADA 649 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat TUJUH (7) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 642 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut laporan itu juga, sebanyak 106 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 23 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
KKM turut maklumkan TIADA kes kematian direkodkan hari ini dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 246 kes (0.82%).
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;






