ADUN WARISAN DIJANGKA KELUAR PARTI, STRATEGI SHAFIE AKAN TUBUH KERAJAAN SABAH DENGAN...

ADUN WARISAN DIJANGKA KELUAR PARTI, STRATEGI SHAFIE AKAN TUBUH KERAJAAN SABAH DENGAN PBS TERPAKSA DIGUNAKAN UNTUK HALANG MEREKA

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan Sabah dijangka akan keluar parti akibat telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Shafie Apdal.

Sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik Hassan A Gani Pg Amir turut mengumumkan keluar daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Hassan A Gani telah mengisytiharkan keluar daripada Parti Warisan pada 25 Februari lalu.

Hassan A Gani Pg Amir…

Sumber dalaman yang boleh dipercayai menyebut sekurang-kurangnya TIGA (3) atau lebih wakil rakyat Parti Warisan akan turut mengikuti jejak ADUN Sebatik itu juga atas alasan kerana telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Shafie Apdal.

Menurut penganalisis politik bebas Baharuddin Palembang ketika diminta mengulas mengenai isu yang sedang panas dibualkan oleh rakyat Sabah ketika ini pula berkata, beliau tidak menolak kemungkinan isu kononnya Shafie akan kembali menjadi Ketua Menteri Sabah selepas mendapat sokongan dari ADUN PBS adalah cara untuk meyakinkan wakil rakyat Parti Warisan agar terus bertahan dan tidak keluar daripada parti.

Menurut sumber, usaha terdesak Shafie Apdal menyatakan kesediaan bekerjasama dengan PBS bagi membentuk kerajaan baharu Sabah melalui ‘pintu belakang’ selepas UPKO gagal menarik sokongan KDM untuk menyokong Shafie Apdal…

Walau bagaimanapun, Baharuddin tetap yakin lebih ramai ADUN Parti Warisan akan keluar parti dan menyokong kerajaan GRS bagi membolehkan pembangunan dibawa masuk ke kawasan mereka.

“Rakyat telah membuat keputusan untuk menghukum Shafie akibat kegagalan membangunkan Sabah…

“Memang agak sukar menerima kenyataan kekalahan, namun Shafie dan pimpinan Parti Warisan perlu ‘MOVE ON’ dan menghormati keputusan rakyat Sabah pada PRN ke-16 yang lalu,” Ujar Baharuddin lagi.

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Kali ke-16 Sabah…(Sumber Foto:SPR)

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 yang lalu Gabungan Warisan Plus yang dianggotai Warisan, DAP, Amanah, PKR dan UPKO memperoleh 32 kerusi, manakala manakala Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai BN, PN dan PBS memperoleh 38 kerusi daripada jumlah keseluruhan 73 kerusi DUN Sabah.

Perincian Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Kali ke-16 Sabah…(Sumber Foto: Bernama)