TUARAN: Tiga mangsa lelaki dilaporkan terlibat dalam kejadian sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabas masuk ke dalam sungai di Jalan Kampung Sawah, semalam.
Seorang mangsa, 43 tahun mengalami kecederaan ringan manakala dua lagi mangsa masing-masing berusia 26 dan 32 tahun dilaporkan selamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohammad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.23 malam.
“Lapor kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Revo terbabas ke dalam sungai.
“Terdapat tiga orang mangsa lelaki terlibat yang mana seorang mangsa dikeluarkan oleh pasukan bomba dan mengalami cedera ringan seterusnya diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan dan anggota EMRS sebelum dihantar ke Hospital untuk rawatan lanjut.
“Manakala dua orang mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar sendiri dari kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Setelah memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi, operasi seterusnya ditamatkan pada jam 12.02 pagi.