Perdana Menteri Peru Disingkirkan Selepas 3 Hari Dilantik

Perdana Menteri Peru Disingkirkan Selepas 3 Hari Dilantik

0
SHARE
Hector Valer Pinto...

LIMA, PERU – Perdana Menteri, Hector Valer Pinto yang baru sahaja dilantik TIGA (3) untuk jawatan itu telah berjaya disingkirkan oleh Presiden Peru, Pedro Castillo semalam.

Penyingkiran Valer Pinto itu dibuat selepas dirinya dikaitkan dengan keganasan domestik pada tahun 2016.

Castillo yang dipetik AFP berkata, beliau memutuskan untuk menyusun semula Kabinet, sekali gus Valer Pinto tersingkir daripada jawatannya.

Pedro Castillo…

Presiden Peru berhaluan kiri itu membuat pengumuman mengenai rombakan Kabinet itu di televisyen tanpa menyebut nama Valer Pinto.

Pembangkang dan beberapa menteri kabinet dilaporkan berang dengan keberadaan Valer Pinto di dalam kerajaan.

Apabila Presiden menamakan barisan baharu kabinetnya, ia kali keempat Castillo mengumumkannya sejak berkuasa enam bulan lalu.