KUALA LUMPUR – Kes sembuh yang tertinggi setakat ini dilaporkan hari ini iaitu sebanyak 1029 KES pesakit telah sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 27,409 kes (69.6%).
Namun, jumlah kes baharu positif COVID-19 masih mencatatkan 3 angka setakat ini iaitu sebanyak 1,168 KES, demikian yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.
SABAH masih menjadi penyumbang utama kepada angka kes tinggi hari ini dengan mencatatkan 616 KES daripada keseluruhan jumlah yang direkodkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 39,357 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 11,666 kes.
DARIPADA 1,168 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, semua KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

KKM turut melaporkan sebanyak 87 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 32 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
KKM dengan dukacita memaklumkan terdapat TIGA (3) lagi kes kematian direkodkan hari ini yang mana semuanya dilaporkan daripada Sabah (Kota Kinabalu), ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 282 kes (0.70%).





