Joe Biden Sah Presiden Amerika Syarikat Ke-46, Kepimpinan Trump Berakhir

Joe Biden Sah Presiden Amerika Syarikat Ke-46, Kepimpinan Trump Berakhir

0
SHARE

AMERIKA SYARIKAT – Calon Demokrat, Joe Biden sah Presiden Amerika Syarikat ke-46 selepas berjaya memenangi pilihan raya dengan memperoleh lebih 284 undi elektoral sekaligus menamatkan kepimpinan Donald Trump dari parti Republikan itu yang mana hanya meraih 214 undi elektoral.

Memetik laporan AP berdasarkan unjuran yang dibuat agensi berita itu, kerusi terakhir yang dimenang Biden adalah Pennsylvania yang memberinya 20 undi elektoral.

Sumber Foto: The Associated Press, Bloomberg…

Kejayaan pada usia 77 tahun Biden dengan kempen bertemakan A Battle for the Soul of the Nation’ juga membolehkan beliau menafikan hasrat Trump untuk menjadi presiden untuk penggal kedua di negara kuasa besar itu.

Kemenangan Joe Biden disambut baik dan gembira khususnya golongan muda negara itu selepas kurang senang dengan usul serta polisi yang kerap kali dibawakan Donald Trump.

Dalam pada itu, kemenangan Joe Biden pada kali ini mencipta satu sejarah baru apabila Kamala Harris muncul sebagai wanita berkulit hitam pertama yang memegang jawatan Naib Presiden Amerika Syarikat.

Kamala Harris…

Sementara itu, Trump dalam kenyataannya tidak mengiktiraf kemenangan Biden sambil mempertahankan dakwaannya sebelum ini mengenai wujudnya penipuan termasuk menuntut supaya pengiraan semula undi dilaksanakan.

Beliau juga berjanji akan meneruskan tindakan mahkamah untuk memastikan undang-undang pilihan raya dihormati serta mengembalikan keyakinan rakyat.