KUALA LUMPUR – Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini, maut dipercayai akibat ditembak, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam lebih kurang jam 3.10 pagi itu, mangsa, Koperal Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah.


Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dengan mangsa yang cedera sedang dirawat dan dilaporkan kritikal.
Menurut sumber PGA terkini, suspek yang menenembak mati mangsa telah berjya ditahan.

Kejadian tersebut dikaitkan dengan aktiviti penyeludupan oleh beberapa kumpulan yang aktif dikawasan itu untuk memasuki dan keluar dari Malaysia melalui pos kawalan sempadan terutama di Perlis dan Kedah.





