‘Frontliner’ Meninggal Dunia, Dipercayai Terlalu Penat Kerap Kali Hantar Pesakit COVID-19 Ke...

‘Frontliner’ Meninggal Dunia, Dipercayai Terlalu Penat Kerap Kali Hantar Pesakit COVID-19 Ke Hospital

0
SHARE

IPOH, PERAK – Seorang petugas barisan hadapan (frontliner) kesihatan yang juga pemandu ambulans meninggal dunia dalam menghadapi gelombang ketiga penularan pandemik COVID-19 dalam negara ketika ini.

Kepenatan yang berganda ketika ini telah menyebabkan Ahmad Zamri Sulaiman, 54, meninggal dunia dipercayai kerana terlampau penat selepas kerap kali menghantar pesakit COVID-19 ke hospital.

Perkara ini dipetik menerusi satu perkongsian di laman media sosial Facebook rasmi ‘Viral Perak’ di mana gambar seorang petugas kesihatan yang juga pemandu ambulans telah rebah dan meninggal dunia.

Walau bagaimanapun, belum ada sebarang kesahihan berkenaan berita tersebut dan hanya tular di media sosial.

Dalam pada itu, perkara tersebut pastinya mendukacitakan kerana seorang petugas barisan hadapan (frontliner) telah tumbang ketika khidmatnya masih diperlukan ketika ini.

Warganet yang terkesan dan sedih akan perkara itu telah meninggalkan komen di ruangan Facebook sumber tersebut dengan menitipkan salam takziah buat ahli keluarga mangsa.