Anggota PGA Maut Ditembak Di Sempadan Malaysia-Thailand

Anggota PGA Maut Ditembak Di Sempadan Malaysia-Thailand

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan bahawa seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand maut dipercayai telah ditembak, awal pagi tadi.

“Ya, saya sahkan kejadian (anggota PGA maut ditembak) dan saya sedang dalam perjalanan ke sana (Perlis) untuk meninjau keadaan anggota PGA terlibat,” menurut beliau yang hanya menjelaskan secara ringkas dan tidak mendedahkan secara lanjut kejadian itu.

Dalam pada itu, satu sidang media akan diadakan polis Perlis berhubung kejadian berkenaan.