KOTA KINABALU: Sepasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya memujuk seorang lelaki berusia 38 tahun yang cuba melompat dari tingkat lima sebuah pusat beli-belah di Inanam di sini pada Ahad.
Jurucakap agensi berkata lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lintas bertindak kepada panggilan kecemasan jam 3.16 petang itu.
“Ahli keluarga mangsa turut berada di tempat kejadian.
Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Operasi tamat pada 3.55 petang,” tambahnya.






