BN Bakal Wujudkan Tiga Jawatan TPM Jika Kembali Jadi Dominan Dalam Kerajaan

BN Bakal Wujudkan Tiga Jawatan TPM Jika Kembali Jadi Dominan Dalam Kerajaan

0
SHARE

PAPAR, SABAH – Barisan Nasional (BN) bakal mewujudkan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia jika berjaya menjadi dominan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata di Sabah, ia dicadangkan untuk dimasukkan sebagai salah satu manifesto BN Sabah sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurutnya, cadangan tersebut merupakan sebuah pendekatan baharu.

Katanya, selain BN BN Sabah, BN Semenanjung dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga dapat memasukannya sebagai manifesto masing-masing.

“Saya yakin Perdana Menteri akan terima cadangan ini kerana jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak ada dalam Perlembagaan…

“Yang ada hanyabempat jawatan Menteri Kanan. Jadi tidak mustahil tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri (untuk diadakan) sekiranya BN menang sebagai dominan.

“Maka jawatan itu akan disandang oleh mana-mana peminpin dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia untuk menduduki jawatan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas Perasmian Program Gelombang Biru Barisan Naisonal (BN) Zon 3 serta Gimik Pelancaran Projek Naiktaraf Jalan Bukit Manggis dan Projek Pembinaan Masjid Kedua Pekan Bongawan bertempat di Kimanis Commercial Centre, hari ini.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif mewakili Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor.

Ahmad Zahid juga mencadangkan agar BN Sabah memasukkan dalam manifesto mereka dimana peruntukan dari Persekutuan disalurkan terus kepada kerajaan negeri sekiranya BN memerintah secara dominan.

Sementara itu, beliau turut ditanya pemberita sekiranya BN dan GRS akan bertembung dalam konteks pembahagian kerusi Parlimen kelak.

Walau bagaimanapun, beliau memberikan jaminan BN tidak akan bertembung dengan GRS disamling telah mencapai kata sepakat dan bakal membantu antara satu sama lain dalam mendepani PRU-15.

“Tidak (akan) ada pertembungan. Dimana BN bertanding, GRS tidak akan bertanding. Kita ada formula (berkaitan pembahagian kerusi Parlimen) yang telah dipersetujui oleh Pengerusi BN Sabah dan Pengerusi GRS…

“Formula itu telah dicapai tetapi ia akan diumumkan oleh Bung Moktar dan Hajiji. Pengumuman akan dibuat oleh mereka pada tarikh yang telah ditetapkan dalam waktu terdekat ini,” katanya.