KOTA KINABALU, SABAH – Mayat seorang lelaki yang tidak berbaju telah ditemui terdampar di tepi laut Teluk Sepanggar semalam.
Menurut laporan, mayat lelaki itu ditemui berhampran kilang Beras Bernas di Teluk Sepanggar.
Difahamkan, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah telah menerima panggilan melalui MERS999 di mana pihak polis mohon bantuan mengangkat mayat yang terdampar di tepi laut.
Sepasukan anggota beserta diketuai Pegawai Operasi, PBK II Rozam Shah Rahmat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas telah ke lokasi kejadian yang jaraknya 20 kilometer dari BBP.
Mereka turut dibantu pasukan penyelamat di air (PPDA) dari BBP Kota Kinabalu.
Setiba di lokasi, pasukan bomba mengangkat mayat tersebut menggunakan pengusung dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut…
Maklumat mengenai mangsa tidak diperoleh. Operasi ditamatkan pada jam 11.53 malam tadi.