Lebih 800 Orang Sertai Berbasikal Bersama TYT

Lebih 800 Orang Sertai Berbasikal Bersama TYT

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Lebih 800 penggemar sukan berbasikal menyertai Program Berbasikal Bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, pada Sabtu.

Acara pelepasan sejauh 13 km diketuai Tun Juhar bermula seawal 7.30 pagi disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Hari Jadi Rasmi Ke-69 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Turut dilepaskan, kumpulan berbasikal yang diketuai Toh Puan Norlidah R.M Jasni melalui Kampung Air, Taman Sri Kepayan seterusnya menuju ke Tanjung Aru sebelum menamatkan kayuhan sejauh 20 km tersebut di perkarangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). 

Selain acara memotong kek hari jadi, program berkenaan juga diserikan dengan persembahan hiburan dan cabutan tiket bertuah.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Mayor DBKK, Datuk Noorliza Awang Alip.