Tiga Parah Bas Persiaran Bertembung

Tiga Parah Bas Persiaran Bertembung

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Tiga termasuk seorang lelaki dan dua wanita parah dalam pertembungan dua bas persiaran di Jalan Sutera Harbour – Sembulan, sini, semalam.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, tiga lelaki dan tujuh lagi wanita cedera ringan dalam kejadian kira-kira 7 malam itu.

“Kesemua mangsa berada di dalam sebuah bas persiaran yang telah melanggar bas persiaran di hadapan mereka…

“Mangsa cedera parah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 menggunakan Ambulans manakala mangsa-mangsa lain dihantar ke Hospital Queen 2 menggunakan Van Urvan Bomba. 

“Seorang mangsa lagi tidak ingin di hantar ke Hospital,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 8.18 malam.

Sementara itu, seorang lelaki turut mengalami cedera parah dalam lagi sebuah kes melibatkan kemalangan kenderaan berhampiran SMK Bandaraya di Jalan Tuaran Bypass.

Insiden yang berlaku kira-kira 30 minit kemudian melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah Lori Treler, Toyota Lexus dan Perodua Myvi.

“Terdapat seorang mangsa lelaki iaitu pemandu Perodua Myvi mengalami cedera parah dan telah di hantar ke Hospital Queen Elizabeth menggunakan jentera EMRS. 

“Operasi ditamatkan pada jam 8.02 malam manakala maklumat mangsa tidak diperolehi,” lapor sumber yang sama.

 

Ends