KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Kerajaan Negeri Sabah bersedia untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bila-bila bila masa sekiranya keadaan mengizinkan.
“Kami akan meminta nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu dan kami sedia untuk bersidang semula dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.