COVID-19: KES BAHARU MELONJAK NAIK KEPADA 2,188 KES, 4 KES KEMATIAN DAN...

COVID-19: KES BAHARU MELONJAK NAIK KEPADA 2,188 KES, 4 KES KEMATIAN DAN SEBANYAK 1,673 KES SEMBUH

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes baharu positif COVID-19 hari ini melonjak naik dan tertinggi dicatatkan setakat ini iaitu sebanyak 2,188 KES, demikian menurut laporan menerusi laporan rasmi di Facebook KKM sebentar tadi.

Daripada laporan KKM itu, NEGERI SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 1,623 KES.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 58,847 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 14,353 kes.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 24 November 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

semua 2,188 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, adalah MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Walau bagaimanapun, KKM memaklumkan kes sembuh hari ini juga adalah yang tertinggi dicatatkan setakat ini iaitu sebanyak 1,673 KES.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 44,153 kes (75.0%).

Menurut laporan KKM hari ini, SABAH mencatatkan kes sembuh COVID-19 tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 833 KES.

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

Menurut KKM juga, sebanyak 112 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 49 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

KKM dukacita memaklumkan terdapat EMPAT (4) kes kematian direkodkan hari ini dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 341 kes (0.6%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana NEGERI SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (24 November 2020) sebanyak 1,623 KES daripada keseluruhan 2,188 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)