KOTA KINABALU, SABAH – Wakil rakyat Kudat Ben Chong dikecam selepas memuat naik satu hantaran FITNAH melalui laman sosial Facebook miliknya kononnya Pegawai Daerah (DO) di Kudat telah mendapat arahan untuk tidak terlibat dalam program bantuan makanan yang dibuat oleh wakil rakyat Kudat tersebut.
Ben Chong dalam hantaran melalui Facebook miliknya kelmarin berkata; “saya amat terkilan dan kecewa telah ada tangan-tangan politik mencampuri urusan pentadbiran daerah hingga menyusahkan rakyat.
“Terdapat arahan tertentu supaya DO dan pegawai kerajaan negeri di daerah dilarang terlibat sama dalam lawatan dan tinjauan lapangan banjir dengan pihak persatuan atau NGO yang dihadiri oleh wakil pembangkang.”

Menurut aktivis Gerakan NGO Bebas Suara (BEBAS), “Ben Chong telah mewarisi kepimpinan Datuk Seri Shafie Apdal yang kerap berbohong dan jelas menunjukkan bantuan makanan yang disalurkan kepada rakyat di Kudat oleh Ben Chong tidak ikhlas, sebaliknya ianya hanya untuk kepentingan politik Ben sahaja.”
Menurut BEBAS lagi; “Ben sepatutnya hanya perlu mendapatkan kelulusan pihak Jawatankuasa Bencana Negeri Sabah atau pihak Polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar ‘Kluster Ben Chong’ tidak timbul selepas menghantar bantuan tersebut.
“Harus diingat bahawa wakil rakyat tidak kebal daripada terkena wabak COVID-19 tersebut.”
“Untuk makluman Ben Chong, Timbalan Ketua Menteri Sabah termasuk Pembantu Menteri pun ada yang disahkan positif COVID-19. Justeru, memaklumkan mengenai misi bantuan kepada Jawatankuasa Bencana Negeri Sabah hanya sebagai prosedur biasa dan tidak perlu kepada kehadiran DO,” jelas BEBAS.
BEBAS turut mempersoalkan kenapa DO mesti hadir untuk menyaksikan penyampaian bantuan tersebut memandangkan tugas membantu rakyat di kawasan Kudat terletak di bahu Ben sebagai wakil rakyat.
“Untuk makluman Ben Chong, ramai pemimpin UMNO termasuk pemimpin BERSATU, PBS Dan STAR turut sama menghulurkan bantuan di kawasan masing-masing tanpa kehadiran Mayor mahupun DO di kawasan mereka…







“Saudara Ebit Liew yang mewakili NGO Yayasan Amal Malaysia turut menghantar bantuan tanpa kehadiran DO, tetapi bantuan tetap berjalan dengan jayanya.”
“Justeru, niat Ben Chong menghantar bantuan jelas hanya mempunyai niat politik yang kotor.”
“Ben Chong sepatutnya rasa bersalah kerana apa yang ditanggung oleh rakyat bukan sahaja di Sabah tetapi juga di seluruh Malaysia berpunca daripada kesilapan Shafie Apdal yang telah membubarkan DUN sehingga memaksa Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan…
“Masalah rakyat kehilangan punca pendapatan adalah disebabkan PRN, justeru Ben sepatutnya menasihati Shafie agar dapat menghulurkan bantuan makanan dan wang kepada seluruh rakyat Sabah kerana masalah ini berpunca dari kesilapan Shafie Apdal,” BEBAS berkata lagi.





