Sabah Benarkan Premis Peruncitan, Dagangan Beroperasi Dari Jam 7 Pagi Hingga 7...

Sabah Benarkan Premis Peruncitan, Dagangan Beroperasi Dari Jam 7 Pagi Hingga 7 Petang Bermula Esok

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kebanyakkan premis peruncitan dan dagangan Sabah kini dibenarkan beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 7 petang bermula esok (8 Jun).

Jurucakap COVID-19 negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, setelah mengambil perhatian maklum balas pelbagai pihak, Kerajaan Negeri telah mengemas kini masa operasi sektor perniagaan dan perkhidmatan.

KEMASKINI: Masa Operasi Perniagaan (Peruncitan dan Dagangan) Di Sabah Bermula 8 Jun 2021..

Dalam pada itu, Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 31 kes daripada 305 kes kelmarin kepada 336 KES hari ini (Isnin).

Turut dikesan adalah EMPAT (4) kluster baru dan satu kematian juga dirakamkan di ibu negeri.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 07 Jun 2021…(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

“Kluster Hamparan, Kinabatangan membabitkan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja serta keluarga di Kilang Sawit Ong Ya Hoo.Kinabatangan. Kluster berpunca dari seorang wanita, 26, pekerja pengurusan (Quality Assurance Executive).

“Kluster Kampung Bolong Baru-Tuaran, Kota Belud adalah kluster ekoran sambutan Aidilfitri yang menular dalam komuniti dan tempat kerja. Kes berpunca dari seorang suri rumah, 28, yang bergejala dan mejangkiti rakan kerja iaitu QL Marine, Tuaran.

“Kluster Taman Wawasan – Beaufort, Papar, Kota Kinabalu direkodkan di Hospital Papar selepas ujian menyahkan seorang lelaki ,66, pada 18 Mei namun tidak mendapatkan rawatan sehingga empat hari berikutnya. Dua kontak rapat kes indeks terlibat dengan aktiviti kunjung-mengunjung semasa hari raya di Kampung Tarap Bongawan.

“Kluster Jalan Budi, Tawau melibatkan pekerja salon wanita, 37, dari Johor yang dikesan negatif RT-PCR ketika menjalani saringan masuk ke Sabah pada 19 Mei, namun disahkan positif dalam saringan Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) pada 02 Jun 2021,” Masidi berkata.

Dalam perkembangan lain, 769 buah kenderaan hari ini telah diarah berpatah balik setelah 54,502 buah diperiksa di sejumlah 125 Sekatan Jalan Raya yang didirikan diseluruh negeri.

“Sebanyak 109 kompaun melanggar SOP COVID-19 telah dikeluarkan seluruh Sabah. Seramai 42 orang tidak memakai pelitup muka, 32 orang gagal merekod butiran pelanggan, 19 orang keluar rumah tanpa alasan munasabah…

“TIGA (3) orang pemilik premis beroperasi lebih masa tanpa kebenaran, LIMA (5) orang tidak menjaga penjarakan sosial, EMPAT (4) orang membawa penumpang berlebihan dan EMPAT (4) orang lagi merentas negeri atau daerah tanpa kebenaran,” kata beliau.