TAWAU, SABAH – Seorang lelaki berumur 56 tahun ditetak hingga mati oleh anaknya sendiri, yang turut dimasukkan ke dalam wad selepas menikam dirinya sendiri, semasa satu pertengkaran di sebuah rumah di Kg Sungai Gading 1 Wakuba, Batu 15 Jalan Apas pada jam 3.10 pagi, Khamis baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, ACP Fadil Marsus berkata Ali Nordin (mangsa) ditetak di leher dan kepala dengan pisau sepanjang 10 inci da parang sepanjang 28 inci oleh suspek yang berumur 27 tahun.
Siasatan awal menunjukkan bahawa suspek dan mangsa bertengkar yang menyebabkan suspek menetak bapanya dan selepas itu menikam dirinya sendiri pada perutnya.
“Suspek dibawa ke Hospital Tawau untuk rawatan, sementara bapanya mati di tempat kejadian dan dihantar ke rumah mayat untuk proses bedah siasat,” katanya.
Fadil menambah bahawa suspek ketika ini dirawat di Wad Kecemasan kerana pendarahan teruk.
Beliau berkata siasatan turut menujukkan bahawa insiden itu berpunca daripada satu salah faham sebelum itu di antara bapa dan anaknya.
Suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah semasa insiden itu.
Beliau mendedahkan bahawa polis merampas dua senjata – pisau dan parang, sebuah telefon bimbit dan sebuah botol untuk tujuan siasatan.
– H.Ekspres





