PBS Terus Relevan Di Bawah Kepimpinan Hajiji, GRS-BN

PBS Terus Relevan Di Bawah Kepimpinan Hajiji, GRS-BN

0
SHARE
Radin (tengah) menerima borang permohonan keahlian PBS sambil diperhatikan Mositun (kiri)...

PAPAR, SABAH – Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Limbahau, Datuk Johnny Mositun, mengekalkan jawatannya dalam parti pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kali Ke-36 PBS Bahagian Limbahau di sini baru-baru ini.

Beliau menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua perwakilan atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk terus memimpin bahagian itu kerana banyak lagi perancangan dirangka untuk pembangunan di Limbahau.

Antara perancangan berkenaan termasuklah pembinaan sekolah menengah, klinik kesihatan, balai polis, balai bomba, serta rumah kedai di Kampung Marahang atau Kampung Gana.

Beliau berharap, rakyat terus bersama PBS Limbahau terutama ketika bahagian itu berusaha memberi penyampaian perkhidmatan untuk 40 kampung di kawasan itu.

“Kami juga perlukan masa untuk menjadikan perjuangan PBS Limbahau kepada rakyat sebagai satu realiti terutama di bawah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN)…

“Di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, PBS terus relevan dalam GRS-BN,” katanya ketika berucap sempena AGM yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Panglima Radin Malih.

Seramai 101 belia menghantar permohonan untuk menyertai PBS Bahagian Limbahau dan dua cawangan baharu ditubuhkan di bawah bahagian berkenaan pada mesyuarat itu.

Mositun turut mengalu-alukan ahli baharu dan menekankan mereka bakal menjadi pemimpin masa depan parti itu.