500 Buah Motosikal Berkuasa Tinggi Dijangka Sertai Konvoi BIIBBF Kali Ke-22

500 Buah Motosikal Berkuasa Tinggi Dijangka Sertai Konvoi BIIBBF Kali Ke-22

0
SHARE

KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 500 buah motosikal berkuasa tinggi dijangka akan menyertai konvoi Borneo Island International Big Bike Festival (BIIBBF) ke-22 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) bermula 25 Oktober ini.

Presiden Sabah Big Bikers Association, Datuk Osman Ahmed berkata, pengajuran BIIBBF kali ini yang menjadikan Sabah sebagai tuan rumah merupakan satu penghormatan kepada negeri ini di mana penggiliran tuan rumah diadakan selama lima tahun sekali. 

Jelasnya lagi, festival ini bertujuan memupuk hubungan silaturahim di kalangan pemilik dan pengiat motosikal berkuasa besar.

“Setakat ini pendaftaran yang diterima adalah seramai 1100 peserta dan ini tidak termasuk pengunjung yang hadir. Kami turut menjangkakan kehadiranpengunjung dari luar termasuk pengunjung bukan bikers adalah 5,000-10,000 orang.

“Negara-negara yang telah mengesahkan kehadiran adalah dari Brunei Darusalam, Indonesia, Singapura, Republic of Korea, India, Filipina, Myanmar dan Afrika Selatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasya lagi, pelbagai acara menarik telah dirancang sepanjang festival ini, termasuk pameran motosikal berkuasa besar, jualan barangan seperti motorsikal, peralatan motosikal, pameran dari agensi kerajaan dan gerai makanan serta minuman yang kami sediakan untuk usahawan- usahawan dari Negeri Sabah.

“Selain itu, acara city ride akan diadakan pada 26 Oktober, dimana kami menjangkakan acara tersebut dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh.

“Juga yang turut serta pada acara tersebut adalah Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Juhar Mahiruddin dan juga Timbalan Khairul Firdaus Bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

“Akhir kata, saya ingin menjemput kepada semua rakyat, penggiat dan pemilik motorsikal untuk hadir sendiri melihat acara BIIBBF kali ke 22,” ajaknya.