Fadillah Teliti Status Projek Persekutuan

Fadillah Teliti Status Projek Persekutuan

0
SHARE
Fadillah
Antara kenamaan yang hadir Ewon (tiga dari kiri) dan Shahelmy (tiga dari kanan) - ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof mengadakan lawatan ke Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah jam 10 pagi tadi bagi meneliti status pelaksanaan projek persekutuan di negeri ini.

Ketibaan beliau disambut oleh Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Makhzan Mahyuddin sambil diiringi oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Shahelmey Yahya dan Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury.

Fadillah diberi taklimat status projek-projek berkaitan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM, Jabatan Kerja Raya Sabah (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah (JPS). — JABATAN PENERANGAN SABAH