Kakak Dan Adik Lelaki Bakal Berdepan Hukuman Mati Kerana Edar Syabu

Kakak Dan Adik Lelaki Bakal Berdepan Hukuman Mati Kerana Edar Syabu

0
SHARE

TUARAN, SABAH – Seorang kakak dan adik lelaki Kampung Baru-Baru sini berdepan ‘hukuman mati’ selepas polis membongkar aktiviti pengedaran syabu mereka sejak tiga tahun lalu pada Selasa.

Ketua Polis Daerah DSP Mohd Hamizi Halim berkata serbuan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran menjumpai kedua saspek terbabit sedang leka membungkus dadah dalam rumah mereka.

“Dadah seberat 323.63 gram dianggarkan bernilai RM33,360 mengikut harga pasaran tempatan…

“Hasil siasatan mendapati adik beradik berumur 22 dan 34 tahun ini akan mengedarkan bekalan dadah kepada penduduk di kawasan sekitar daerah ini dan Kota Belud,” katanya.

Ini kerana kedudukan Kampung Baru-Baru yang terletak di sempadan antara dua daerah tersebut.

Polis kini menjalankan siasatan serta soal siasat terhadap suspek bagi mengenalpasti dalang utama dan kumpulan pengedar lain yang berhubung kait.

“Kita juga akan mengenalpasti punca bekalan dadah yang agak besar ini selain menyiasat bagaimana cara pengedaran dadah samaada melalui atas talian atau kaedah tertentu,” tambah Hamizi.

Menurutnya rampasan dadah berkenaan dapat membekalkan kira-kira 1620 pengguna.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Hamizi menasihatkan agar orang ramai bersama-sama pihak polis bersana dalam usaha pembanterasan aktiviti dadah dengan menyalurkan sebarang salahlaku dadah kepada polis di kawasan masing-masing.