KUALA LUMPUR – Kerajaan bakal menurunkan lagi harga siling kit ujian kendiri COVID-19 dalam tempoh terdekat ini, demikian menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam satu kenyataan ketika sidang media di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Menurut Khairy, harga siling kit ujian itu perlu diturunkan daripada harga semasa bagi menggalakkan orang ramai membuat pemeriksaan sendiri ketika kebenaran rentas negeri dibenarkan kelak.
“Saya sudah jumpa dan bincang dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menurunkan lagi harga siling kit kendiri…

“Perbincangan telah dilakukan, namun ketika ini kita terpaksa habiskan stok sedia ada sebelum harga baharu diumumkan,” jelas beliau.