Hanya Daerah Tenom Dan Telupid Diklasifikasikan Sebagai Zon Hijau Di Sabah

Hanya Daerah Tenom Dan Telupid Diklasifikasikan Sebagai Zon Hijau Di Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – EMPAT (4) kes kematian masing-masing dilaporkan di daerah Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Kota Kinabalu sementara kes baharu positif COVID-19 di Sabah meningkat 47 kes yang membawa kepada jumlah 286 KES kelmarin (Rabu).

Hanya tinggal DUA (2) daerah yang diklasifikasikan sebagai Zon Hijau iaitu di Tenom dan Telupid.

Jurucakap COVID-19 negeri Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata dari jumlah kes baharu, sebanyak 134 kes adalah daripada Saringan Kontak Rapat,

“Dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan,” katanya.

Satu kluster baru ‘Kampung Melaman’ juga direkodkan di Sipitang.

Datuk Masidi Manjun…

Masidi menjelaskan kluster terbabit adalah penularan jangkitan dalam komunit yang mula dikesan melalui saringan bergejala terhadap tujuh sekeluarga di Klinik Sindumin pada 9 Julai selepas tiga hari mengalami demam, sakit kepala dan sakit sendi.

“Kes indeks merupakan seorang tutor wanita, 17, yang mengajar di rumah keluarga terbabit dan bergejala serupa sejak 26 Jun tetapi tidak mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan…

“Terdapat pertambahan kes yang berkaitan iaitu sejarah menghadiri majlis agama di Kampung Melamam.

“Setakat hari ini, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 bagi kluster ini ialah 37 kes termasuk 14 kes baharu,” katanya.

Dalam pada itu, empat lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula dari 16 sehinnga 29 Julai.

“Kawasan ini termasuk Kampung Lubak di Beaufort, Blok 2, Blok 6 & Blok 9, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra di Sandakan, Blok Angsana dan Blok SumboiSumboi di Kampung Seberang Benoni, Papar dan Kampung Melalam di Sipitang,” tambah Masidi.