PRESBAH Ajak Rakyat Bertenang Berhubung Isu Perletakan Jawatan PM

PRESBAH Ajak Rakyat Bertenang Berhubung Isu Perletakan Jawatan PM

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH) mengajak rakyat bertenang berhubung perletakan jawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diwartakan pada hari esok.

Presidennya, Haji Yahya Haji Ahmad berkata kita sebagai rakyat harus terus fokus kepada tanggungjawab menjaga diri dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan dan mengurus sumber pendapatan yang seadanya.

Katanya jika kita sakit dan dijangkiti COVID-19 sehingga terlantar di hospiral belum tentu ada pemimpin yang akan mengambil peduli saat mereka sibuk berpolitik.

“Mari kita sama-sama mendoakan agar kemelut politik ini akan terlerai dan kembali damai untuk kesinambungan kehidupan rakyat berjalan sihat serta selamat dan krisis negara dari cengkaman COVID-19 akan segera berakhir…

“Sesiapapun boleh merancang dan berusaha menjayakan apa bentuk matlamat, namun, perancangan Allah itu juga yang terbaik dan bakal berlaku,” katanya.

Yahya menaruh keyakinan penuh keatas Muhyiddin sebagai seorang pemimpin yang berprinsip dan tahu meletakkan bentuk keputusan terbaik demi kepentingan rakyat dan negara.

“Beliau tentu ada pertimbangan bijaksana… rakyat kena hentikan segala bentuk perbalahan apalagi penghinaan…

“Apapun pendirian beliau lakukan, tentunya berasas dan ada sifat tanggung jawab berserta kelebihan pembacaan yang mendalam.

“Itulah juga yang membezakan dirinya dengan pemimpin lain, beliau pemimpin yang bermaruah dan tenang.

“Kita semua kena sama muhasabah dan berprasangka baik kepada beliau. Negara ini memerlukan barakah untuk bangkit,” Yahya berkata.