Trend Turun Naik Kes Harian COVID-19 Di Sabah Seperti ‘Yo-Yo’

Trend Turun Naik Kes Harian COVID-19 Di Sabah Seperti ‘Yo-Yo’

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes COVID-19 Sabah melihat penurunan signifikan 115 kes berbanding semalam dengan kumulatif 705 KES hari ini (8 Okt).

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menyamakan trend itu seperti ‘yo-yo’ yang “sekejap naik sekejap turun”.

“Seperti yang dinyatakan, faktor turun naik ini banyak dipengaruhi oleh sikap dan tahap pematuhan masyarakat kepada prosedur operasi standard (SOP)…

“Kes-kes yang lambat didaftar selepas keputusan diketahui juga sedikit sebanyak menyumbang kepada kedudukan jumlah kes harian,” katanya.

Beliau memberitahu sebanyak 16 daerah mencatatkan penurunan, manakala 10 daerah mencatatkan peningkatan dan satu (1) daerah kekal dengan catatan sebagaimana semalam.

Katanya trend catatan kes juga menunjukkan bahawa tiada daerah yang merekodkan kes melebihi tiga (3) angka pada hari ini.

“Selain itu, kawasan bandar-bandar utama di Negeri Sabah juga mencatatkan penurunan berbanding semalam kecuali bagi daerah Tawau yang mencatatkan peningkatan 10 kes…

“Hanya dua (2) daerah di Negeri Sabah yang mencatatkan peningkatan ketara melebihi pada paras dua (2) angka iaitu di Kota Marudu (+16 kes) dan Tawau (+10 kes),” katanya lagi.

Beliau menjelaskan bahawa analisis berdasarkan graf kumulatif selama tempoh 30 hari menunjukkan trend pelandaian wabak tersebut di Sabah.

Daripada jumlah kes jangkitan yang direkodkan hari ini, 90.92 peratus daripadanya berada dalam Kategori 1 dan 2, manakala terdapat empat (4) kes dalam Kategori 3, enam (6) kes dalam Kategori 4, dan tiga (3) kes dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (08 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 84 (103)
Kota Belud – 82 (80)
Kota Marudu – 59 (43)
Ranau – 45 (38)
Keningau – 36 (48)
Lahad Datu – 35 (44)
Tawau – 32 (22)
Sandakan – 30 (43)
Tenom – 30 (44)
Tuaran – 30 (48)
Papar – 27 (47)
Pitas – 26 (33)
Penampang – 20 (25)
Beaufort – 19 (15)
Telupid – 18 (16)
Beluran – 17 (10)
Tambunan – 16 (19)
Sipitang – 16 (15)
Kinabatangan – 14 (18)
Tongod – 13 (11)
Kudat – 12 (31)
Nabawan – 11 (18)
Semporna – 10 (10)
Putatan – 9 (12)
Kunak – 5 (15)
Kalabakan – 5 (2)
Kuala Penyu – 4 (10)