Sabah Sekali Lagi Catat Penurunan Dengan 426 Kes COVID-19 Hari Ini

Sabah Sekali Lagi Catat Penurunan Dengan 426 Kes COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian baharu COVID-19 Sabah sekali lagi menurun secara mendadak kepada 426 KES hari ini setelah melihat peningkatan semalam.

Ianya pengurangan 269 kes berbanding angka kelmarin di mana jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata adalah yang terendah dicatatkan sejak 16 Julai lalu.

Jelasnya, seluruh daerah di negeri ini mencatatkan kes di bawah paras 50 kes dan hanya lima (5) daerah yang mencatatkan peningkatan kes pada jumlah kecil atau sederhana.

“Antara daerah yang mencatatkan penurunan ketara ialah Kota Belud -78 kes, Kudat -44 kes, Beaufort -32 kes, Tenom -21 kes, Keningau -14 kes, Tuaran -14 kes dan Tawau -14 kes…

“Hanya 266 kes atau 62.43 peratus daripada kumulatif merupakan kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu,” katanya sambil menambah bahawa selebihnya adalah kes yang daftar lewat melebihi dua (2) hari ke atas setelah keputusan saringan diketahui.

Daerah Kota Belud mencatatkan jumlah kes yang tertinggi hari ini (45 kes) manakala Tongod dan Kuala Penyu masing-masing mencatatkan sifar (0) kes.

Katanya sebanyak 96.48 peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit merupakan kes Kategori 1 dan 2 sahaya yang hanya memerlukan rawatan dan penilaian di rumah atau di pusat kuarantin.

Katanya lagi, hanya satu (1) kes berada dalam Kategori 3, empat (4) kes dalam Kategori 4 dan dua (2) kes dalam Kategori 5. Sementara itu, lapan (8) kes lagi masih dalam penilaian pihak Jabatan Kesihatan.

“Masyarakat digesa agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan kerana faktor utama yang mempengaruhi perubahan angka setiap hari adalah sikap kita sendiri,” tegas beliau.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (20 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Belud – 45 (123)
Kota Kinabalu – 43 (52)
Ranau – 36 (38)
Kota Marudu – 34 (38)
Tenom – 34 (55)
Keningau – 27 (41)
Pitas – 22 (31)
Tuaran – 22 (36)
Sipitang – 20 (15)
Penampang – 17 (18)
Tambunan – 16 (18)
Papar – 14 (21)
Sandakan – 14 (13)
Beaufort – 14 (46)
Lahad Datu – 11 (19)
Putatan – 10 (7)
Kudat – 10 (54)
Beluran – 9 (9)
Kinabatangan – 7 (14)
Nabawan – 5 (7)
Tawau – 5 (19)
Telupid – 4 (2)
Semporna – 3 (5)
Kunak – 3 (5)
Kalabakan – 1 (0)
Kuala Penyu – 0 (5)
Tongod – 0 (4)