Portal Sabah Jobs Mampu Mudahkan Pencari Kerja Dapatkan Maklumat Peluang Pekerjaan

Portal Sabah Jobs Mampu Mudahkan Pencari Kerja Dapatkan Maklumat Peluang Pekerjaan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Portal Sabah Jobs dijangka mampu memudahkan pencari kerja untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pekerjaan di seluruh negeri ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan berkata, portal tersebut diwujudkan memandangkan ia merupakan keperluan utama pencari kerja selepas terkesan dalam pandemik COVID-19 selama hampir dua (2) tahun.

Katanya, Portal Sabah Jobs boleh dilayari pada bila-bila masa tanpa had waktunya sekali gus merupakan platfom terbaharu kerajaan negeri membantu rakyat di negeri ini.

Yakub mencuba melayari portal Sabah Jobs yang diwujudkan bagi menbantu golongan penganggur…

“Ini merupakan usaha berteruskan Kerajaan Negeri kepada seluruh lapisan rakyat yang memerlukan peluang pekerjaan tanpa perlu bersusah payah menggunakan kaedah lama…

“Kita jangkakan portal ini memberi manfaat tanpa mengira had umur khususnya kepada pencari kerja atau majikan dalam mencari tenaga kerja berdasarkan keperluan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke -33 Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) di sini, hari ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan berucap pada majlis pelancaran Portal Sabah Jobs

Yakub berkata, dalam tempoh yang terdekat, kementeriannya akan menganjurkan Karnival Kerjaya bagi membolehkan rakyat di kawasan luar bandar memperoleh peluang pekerjaan.

“Ini juga merupakan pendekatan kita dalam memberikan maklumat serta ruang kepada rakyat terutama di kawasan luar bandar memiliki peluang pekerjaan,” katanya.